Lada Putih Campur Kodop ( Kulat Sisir )( Sabahan Food )
Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple?
Tak Perlu bahan banyak sangat
- Lada Putih
- Bawang Merah ( 1 Biji )
- Bawang Putih ( 2 Biji )
- Bawang Besar ( 1 Biji )
- Ikan Bilis
- Kodop/Kulat Sisir
- Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah Perisa )
Potong Bahan-bahan Seperti Bawang Dan Lada Putih.
Basuh Ikan Bilis dan Juga Kodop/Kulat Sisir Dengan bersih.
Panaskan Minyak.
Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah/putih dan Bawang besar.
Kemudian Masukkan ikan bilis dan Kodop/Kulat sisir..
Kemudian Masukkan Lada Putih Dan Gaulkan Sehingga Sebati.
Tambahkan Sedikit Air, 1/4 Sudu garam,Sedikit Ajinomoto ( penambah perisa ) dan sesudu gula
Gaulkan selama 5-10minit,jika perlu tambahkan lagi sedikit air.
Setelah Selesai Boleh di hidangkan Sebagai menu utama / tambahan
Selamat Mencuba dan selamat menjamu selera.
Terima kasih kerana menonton video ini
Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well masak Simple.
Sedap Tapi Simple~~
0 comments:
Post a Comment