Terung Masak Sambal Simple Tapi Sedap



Terung Masak Sambal Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan
- Terung
- Bawang Merah ( 2 biji )
- Bawang Putih ( 2 biji )
(  bawang merah dan bawang putih di giling/blender sekali )
- Bawang Besar ( 1 biji )
- Belacan
- Cili Kering ( Yang telah di rebus dan di giling/blender )
- Garam,gula dan ajinomoto sebagai penambah perisa

Panaskan Minyak dan goreng terung yang telah di potong.
setelah goreng selesai,asingkan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah/putih yang telah di giling/blender.
kemudian tumiskan bawang besar..sebatikan~~
Masukkan Pes Cili tadi ke dalam masakan. kemudian masukkan Belacan yang telah di bancuh.
tambahkan garam,gula dan ajinomoto sesuai rasa ( mengikut citarasa atau boleh follow dalam video )
Sebatikan sambal sehingga pekat ( dekat-dekat nak kering )
Kemudian masukkan terung yang telah di goreng ke dalam sambal dan sebatikan..
tumiskan sehingga sambal pekat..
Setelah selesai masakan tersebut bolehlah di hidangkan..selamat mencuba~~

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini

Ayam Masak Kurma Simple Tapi Sedap

 


Ayam Masak Kurma Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan
- Daging Ayam
- Bawang merah ( 1 Biji ) 
- Bawang Putih ( 2 Biji )
- Bawang besar ( 1 Biji )
( Bawang merah,putih dan bawang besar giling/blender sekali )
- Kentang ( 2 Biji ) ( Di hiris )
- Cili Hijau ( 1 Batang ) ( Di hiris )
- Serbuk Kurma ( Brand Mana-mana pun boleh )
- Santan ( Segelas )
- Garam,gula,ajinomoto sebagai penambah perisa

Panaskan Minyak
Tumiskan Bawang yang telah di giling/blender ke dalam kuali
Masukkan daging ayam yang telah di potong ke dalam tumisan
sebatikan dan kemudian masukkan 2-3 sudu serbuk kurma ke dalam masakan
masukkan kentang dan sebatikan..tambahkan sedikit air agar senang untuk gaul sebati
biarkan seketika agar rasa masakan meresap ke dalam daging ayam
masukkan santan dan tambahkan air ke dalam masakan
tambahkan garam,gula dan ajinomoto secukup rasa ke dalam masakan.sebatikan..
kemudian masukkan cili hijau yang telah di hiris ke dalam masakan.
tunggu sehingga sekurang-kurangnya 15minit-20minit sehingga daging ayam tersebut masak.
Setelah selesai Masakan tersebut bolehlah di hidangkan..selamat mencuba~~
** admin tambah daun pudina sebagai hiasan..boleh juga gunakan cili besar merah yang telah di bentuk sebagai hiasan..terima kasih ~~

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini


Masakan Kampung Sedap - Sardin Pedas Campur Pucuk Ubi,Bunga Betik,Kodop,Ceper dan Lada Putih


Masakan Kampung Sedap - Sardin Pedas Campur Pucuk Ubi,Bunga Betik,Kodop,Ceper dan Lada Putih

Bahan-bahan
- Sardin ( pedas ) ( 1 tin )
- Pucuk Ubi
- Bunga Betik
- Kodop ( Kulat Sisir )
- Sayur Ceper
- Lada Putih
- Bawang merah ( 2 biji )( hiris )
- Bawang Putih ( 2 biji )( hiris )
- Bawang besar ( 1 biji ) ( hiris )
- Garam dan ajinomoto sebagai penambah perisa

Potong Sayur-sayuran dan siapkan sayur-sayuran nya ( rujuk video )
Pastikan jangan lupa cuci ya..
Kulat kodop ( kulat sisir ) jangan lupa untuk di rendam lebih kurang 5minit dan cuci sebersihnya.
panaskan minyak
kemudian tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah,putih dan bawang besar.
kemudian tumiskan Lada putih tersebut sehingga lembut.
Masukkan Kodop ( kulat sisir ) ke dalam tumisan dan sebatikan
Kemudian masukkan sayur ceper ke dalam tumisan..sebatikan juga
Kemudian Masukkan Sayur Pucuk Ubi dan Bunga Betik ke dalam tumisan.
sebatikan..kemudian masukkan sedikit air.
Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa mengikut selera..yang penting jangan terlalu masin ya..sesuai selera anda.
Akhir Sekali,Masukkan Sardin pedas ke dalam masakan dan sebatikan sekitar 5-10minit
Setelah selesai,Masakan tersebut boleh lah di hidangkan..Selamat mencuba..~

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini

Kacang Panjang Masak Lada Putih Campur Buntut Ayam Simple Tapi Sedap


Kacang Panjang Masak Lada Putih Campur Buntut Ayam Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan
- Kacang Panjang
- Buntut Ayam
- Lada Putih
- Bawang merah ( 1 biji )
- Bawang Putih ( 2 biji )
- Halia ( 2 hiris kecil )
- Cili Hijau ( 2 batang )
- Serbuk kunyit
- Garam,Gula,Ajinomoto ( penambah perisa )

Panaskan Minyak dan gorengkan buntut ayam terlebih dahulu.
Asingkan setelah buntut ayam selesai di goreng.
Panaskan minyak,tumiskan bawang merah dan putih,sertakan sekali lada putih dan cili hijau..
sebatikan tumisan tersebut.
Masukkan Kacang Panjang ke dalam tumisan dan sebatikan.
Kemudian masukkan buntut ayam yang telah di goreng tadi ke dalam tumisan.
Tambahkan sedikit air
Masukkan penambah perisa seperti garam,gula dan ajinomoto secukup rasa yang sesuai.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit ( untuk mencantikkan masakan )
Sebatikan sekitar 5-10minit
Setelah selesai Masakan tersebut bolehlah di hidangkan..selamat mencuba

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini

Sardin Campur Taduk (Batang keladi) Simple Tapi Sedap


Sardin Campur Taduk (Batang keladi) Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan
- Taduk ( Batang keladi )
- Bawang Merah ( 1biji )
- Bawang Putih ( 2biji )
- Sardin 1 tin
- Garam/gula/ajinomoto ( penambah perisa )

Kupas Taduk ( batang keladi ) tersebut terlebih dahulu ( cara kupas boleh check di video )
kemudian potong kecil-kecil.
panaskan minyak,tumiskan bawang merah dan putih ke dalam tumisan.
kemudian tumiskan bawang besar.
masukkan Taduk ke dalam tumiskan dan sebatikan dulu.
selepas tu masukkan Sardin ke dalam tumisan..sebatikan.
Masukkan Garam,gula dan ajinomoto ke dalam masakan sebagai penambah perisa.
Tambahkan sedikit air dan sebatikan masakan sekitar 5-10minit
Setelah itu masakan boleh di hidangkan..selamat mencuba

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini



Tempe Masak Sambal Simple tapi sedap


Tempe Masak Sambal simple tapi sedap

Bahan-bahan
- Tempe
- Bawang merah ( giling/blender )
- Bawang putih ( giling/blender )
- Bawang Besar ( Hiris )
- Ikan Bilis
- Kacang
- Cili Kering ( Yang telah di rebus dan di giling )
- Garam,gula,ajinomoto ( penambah perisa )

Panaskan minyak.
Gorengkan Tempe terlebih dahulu.
Kemudian gorengkan kacang.
selesai mengoreng ke dua-dua bahan tersebut.
Panaskan minyak kembali dan tumiskan ikan bilis terlebih dahulu.
kemudian masukkan bawang merah dan putih yang telah di giling/blender ke dalam tumisan.
kemudian tumiskan bawang besar.
masukkan pes cili ke dalam masakan.
tambahkan garam,ajinomoto dan gula sebagai penambah perisa dalam masakan.
sebatikan sambal sehingga pekat dan kemudian masukkan tempe dan kacang tanah yang telah di goreng tadi.
sebatikan sehingga kuah sambal hampir kering ( sesuai dengan keadaan masakan )
Masakan sudah boleh di hidangkan..Selamat Mencuba

Jangan Lupa Follow Youtube channel Well Masak Simple di Sini





Pucuk Ubi Masak Lemak Simple dan Sedap



Pucuk Ubi Masak Lemak Simple dan sedap

Bahan-bahan - Pucuk Ubi ( Direbus dan Di Potong kecil-kecil ) - Santan Kelapa ( 1 gelas )
- Ikan Masin ( tak perlu banyak ) - Bawang merah ( 1 biji ) - Bawang Putih ( 2 Biji )( sebiji pun boleh ) - Bawang besar 1 Biji - Cili Besar merah ( 2 biji ) - Garam/Gula/Ajinomoto ( penambah perisa ) - Serbuk Kunyit

Panaskan Minyak
Tumiskan Bahan-bahan seperti bawang merah/putih,bawang besar dan ikan masin.
kemudian masukkan daun pucuk ubi yang telan di potong kecil-kecil.
Masukkan serbuk kunyit, garam secukup rasa,Ajinomoto dan sedikit gula.
selepas tu masukkan cili besar merah yang telah di hiris ke dalam masakan.
selepas tu masukkan santan kelapa dan tambahkan sedikit air.
sebatikan.
Selepas 10minit Masakan boleh di hidangkan..
Selamat mencuba..

Jangan lupa follow Youtube channel kami Well Masak Simple di Sini




Daging Masak Kicap Berempah

 

Daging Masak Kicap Berempah Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat..Kos Rendah tapi lazat. - Daging Lembu - Bawang Merah ( 3 Biji ) - Bawang Putih ( 2 Biji ) - Bawang Besar ( 1 Biji ) - Lada Besar ( 2 Batang ) - Rempah Adik-Beradik ( Bunga Lawang,Kulit Kayu Manis dan Bunga Cengkih - Halia - Rempah Kicap,Serbuk Cili dan Serbuk Kunyit - Sos Tiram - Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah perisa ) Hiriskan daging menjadi cebisan kecil ( agar mudah Di masak ) Potong Bahan-bahan Panaskan Minyak Kemudian Masukkan Rempah Adik-beradik ke dalam minyak Panas. Selepas itu tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah,bawang putih,bawang besar dan Halia. Masukkan daging dan sebatikan campurkan sedikit serbuk lada putih, Rempah kicap ( 1/2 sudu ) Serbuk cili 1/4 sudu,dan Serbuk Kunyit dan Sedikit Sos Tiram Kemudian Campurkan Kicap kedalam masakan Sebatikan dan Kemudian Masukkan Air Masukkan Lada Besar yang telah di hiris ke dalam masakan 1/2 sudu garam,sedikit ajinomoto dan 1 1/2 sudu gula ke dalam masakan. Sebatikan setiap 5 minit sehingga 20minit... Setelah Selesai Boleh di hidangkan Sebagai menu Makan Malam Bersama Keluarga Selamat Mencuba~ Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well masak Simple. Sedap Tapi Simple~~

Sambal Nasi Lemak


Sambal Nasi lemak Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat - Cili Kering ( Rebus dan Kisarkan ) - Ikan Bilis - Kacang Tanah - Timun - Bawang Merah ( 2 Biji ) - Bawang Putih ( 3 Biji ) - Bawang Besar ( 1 Biji ) - Serai ( 1 batang ) - Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah perisa ) Potong Bahan-bahan Seperti Bawang Merah/Putih dan Bawang Besar Kisar Cili Kering yang telah di rebus Gorengkan Kacang Tanah dan Ikan Bilis Jangan Lupa Hiriskan Timun. Panaskan Minyak Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah/putih dan Bawang besar Kemudian Masukkan Cili yang telah di kisar ke dalam tumisan Kemudian tambahkan sedikit air kedalam masakan tambahkan 1/4 sudu garam ( atau secukup rasa ), Ajinomoto ( Sedikit/secukup rasa ) dan 2 Sudu Gula Ke dalam Masakan Sebatikan Masakan tersebut sehingga pekat ( Lebih Kurang 10-15minit ) Setelah Selesai Boleh di hidangkan ke atas nasi.. Selamat Mencuba dan Selamat menjamu selera =) Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well Masak Simple. Sedap Tapi Simple~~

Lada Putih Campur Kodop ( Kulat Sisir )( Sabahan Food )


Lada Putih Campur Kodop ( Kulat Sisir )( Sabahan Food ) Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat - Lada Putih - Bawang Merah ( 1 Biji ) - Bawang Putih ( 2 Biji ) - Bawang Besar ( 1 Biji ) - Ikan Bilis - Kodop/Kulat Sisir - Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah Perisa ) Potong Bahan-bahan Seperti Bawang Dan Lada Putih. Basuh Ikan Bilis dan Juga Kodop/Kulat Sisir Dengan bersih. Panaskan Minyak. Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah/putih dan Bawang besar. Kemudian Masukkan ikan bilis dan Kodop/Kulat sisir.. Kemudian Masukkan Lada Putih Dan Gaulkan Sehingga Sebati. Tambahkan Sedikit Air, 1/4 Sudu garam,Sedikit Ajinomoto ( penambah perisa ) dan sesudu gula Gaulkan selama 5-10minit,jika perlu tambahkan lagi sedikit air. Setelah Selesai Boleh di hidangkan Sebagai menu utama / tambahan Selamat Mencuba dan selamat menjamu selera. Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well masak Simple. Sedap Tapi Simple~~

Ayam Masak Kicap

 

Ayam Masak Kicap Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat - Daging Ayam - Bawah merah ( 2 Biji ) - Bawah Putih ( 2 Biji ) - Bawang Besar ( 1 Biji ) - Serai ( 2 Batang ) - Serbuk Rempah Kicap ( Atau Serbuk Rempah Kurma ) - Kicap - Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah Perisa ) Potong Bahan-bahan Seperti Bawang Dan Serai Potong Daging Ayam ( Saiz Sederhana/Kecil ) Panaskan Minyak Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah/putih dan Bawang besar Kemudian Masukkan Daging Ayam ke dalam tumisan Masukkan Rempah dan Kicap kedalam Tumisan..Biarkan Selama 2-3minit Untuk Memastikan Rasa naik Tambahkan Air ( Segelas Setengah ) tambahkan 1/4 sudu garam ( atau secukup rasa ), Ajinomoto ( Sedikit/secukup rasa ) dan 1 Sudu Gula Ke dalam Masakan Kemudian Masukkan Serai.. Sebatikan Tiap2 5 minit Selepas 20minit Masakan Boleh Dihidangkan. Selamat Mencuba~ Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well masak Simple. Sedap Tapi Simple~~

Sambal Belacan


Sambal belacan Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat
Bahan-bahan - Cili ( yang penting pedas ) - Bawang Merah ( 1 Biji ) - Bawang Putih ( 3 Biji / 2 pun Boleh ) - Sepotong Belacan - 3 Biji Tomato - Garam/Gula/Ajinomoto ( Penambah perisa ) Potong Bahan-bahan Seperti Bawang Dan Tomato Kisar/Tumbuk/Cincang Cili ( Mana-mana pun Boleh ) Bancuhkan Belacan dengan sedikit air Panaskan Minyak Tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah/putih dan tomato Kemudian Masukkan Cili yang telah di kisar/tumbuk/cincang ke dalam tumisan Kemudian Masukkan Belacan yang telah di bancuh ke dalam tumisan tambahkan 1/4 sudu garam ( atau secukup rasa ), Ajinomoto ( Sedikit/secukup rasa ) dan 1 Sudu Gula Ke dalam Masakan Sebatikan Masakan tersebut sehingga pekat ( Lebih Kurang 3-5minit ) Setelah Selesai Boleh di hidangkan Sebagai menu tambahan Selamat Mencuba~ Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Youtube Channel Well masak Simple. Sedap Tapi Simple~~

Talapia Masak Asam manis / Sweet And Sour Fish


Talapia Masak Asam manis / Sweet And Sour Fish

Nak Masakan Sedap Tapi Nak yang Simple? Tak Perlu bahan banyak sangat Bahan-bahan - Ikan Talapia - Tepung Beras - Bawang Merah ( Sebiji ) - Bawang Putih ( 2 Biji )( sebiji pun boleh ) - Nenas - Timun - Sebiji tomato - Garam/Gula/ ( penambah perisa ) - Sos Tomato atau Cili ( Mengikut Selera ) - Sedikit Cuka ( 1/2 Sudu ) Potong Bahan Salutkan Ikan Talapia Dengan tepung beras ( tak perlu tebal sangat ) Kemudian Panaskan Minyak Gorengkan Ikan Talapia tersebut ( Dalam tempoh Masa 5 minit sebelah dan 5 minit sebelah lagi ) Setelah Selesai menggorengkan ikan boleh di letakkan kedalam talam/piring/mangkuk Panaskan Minyak Tumiskan Bahan-bahan seperti bawang merah/putih ke dalam minyak yang panas kemudian tumiskan Nenas,Timun.tomato Campurkan Sos Tomato/Cili ke dalam tumisan Dan letakkan Sedikit cuka Sebatikan Masukkan Garam ( 1/2 Sudu atau mengikut Selera) dan 1 Sudu Gula ( 2 sudu jika nenas yang anda gunakan jenis yang masam) selepas 5minit Bolehlah tuangkan kuah sweet and sour tersebut ke atas ikan Talapia yang telah di goreng. Selamat mencuba~~ Terima kasih kerana menonton video ini Ingin mengetahui Menu Seterusnya? Follow Dan Subscribe Channel Well masak Simple. Sedap Tapi Simple~~